K E M B A L I
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua yang setia membaca mahupun yang baru.
Kedatangan tahun baru menandakan setahun telahpun berlalu; dan kita menyambut dengan mengenangkan peristiwa duka dan gelak ketawa yang akan sentiasa kekal bersama diri. Dalam setahun lepas menyusuli hari-hari di tahun baru telah banyak yang berlaku. Antaranya kenalan baru yang datang hadir dalam hidup memberi nafas baru serta menghidupkan semula semangat yang sekian lamanya mendiamkan diri selain dari pengajaran baru, yang kita kejar-kejarkan selalu.
Adalah tanggungjawab diri sendiri untuk meringankan beban sebelum meneruskan perjalanan yang masih ternyata jauh. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk meminta maaf di atas segala kesulitan dan salah faham yang telah dihadapi selama ini. Ampunkan saya, saya bersalah dan ia tidak akan berulang lagi.
Kenapa saya mendiamkan diri selama ini mungkin kerana perit terasa tanpa kata dari mereka yang kembali kepada selamanya, dan juga kadang kala ingin bertapa jauh di gua dalam mencari ketenangan buat otak, akal dan fikiran yang semakinnya kusut. Usaha agar rohani bersih dari segala pencemaran yang sebenarnya diri sendiri mencemar.
Dunia seni bagaimanapun akan senantiasa menyahut kepulangan seniman handainya dengan perasaan penuh kerinduan sesama rindu untuk cinta yang akan terbakar hingga ke akhir zaman. Zaman yang sering baranya dibebani dengan soalan-soalan yang tidak mengenal erti - keletihan yang tidak bermaya; baik mahupun buruk pelbagai teladan dapat kita jadikan pengajaran. Pedoman menjadi pegangan kita sementara semua berkongsi pengalaman demi menuju ke arah kemajuan.
Jika suatu ketika dahulu kita bersendirian,
hari ini kita berteman;
Jika suatu ketika dahulu kita berteman,
mengapa hari ini harus kita berselisihan?
Otak menjadi bebal bila hati mula mengeras. Hentikan bersengketa!
Ingatlah pesanan orang tua kita!
Perjuangan kita baru sahaja bermula.
Yang terlalu setia,
vds
Inspirasi Teks
1000 Tahun (Mahu Hidup)
gubahan Butterfingers
2 Comments:
Bersabarlah wahai oldtimer ku..
Bersabarlah wahai oldtimer ku..
Post a Comment
<< Home